merujuk kepada tajuk diatas, gitu la angan2 aku n abg2 aku dulu untuk menubuhkan kumpulan Rap Malaysia (SRT)... alahh... mcm group KRU tu laa... hahah.. tak segan aku ckp aku minat kat KRU lg kuat dr band2 skang.... dengan fenomena KRU yg berleluasa ketika itu, kami merancang utk menubuhkan kumpulan rap seperti mereka juga dianggotai oleh 3 beradik...


KRU ketika di awal peringkat Baligh

Memakai glove berwarna hitam, spek hitam, Sweater yg besar dibiarkan tidak dibutang untuk menampakkan baju t-shirt didalam, memakai topi atau key di bahagian kepala dan berseluar separa besar... ini lah yg kami mahu ketika itu..

Namun, rancangan ini terbatal kerana kami bersuara sumbang dan hanya mempunyai pengalaman dalam choir dan nasyid sahaja. dlm kata lain, kami hanya boleh menyanyi beramai2 utk menutup kesumbangan suara kami... oleh itu SRT (siratul, rezza, taufik) hanya sekadar cadangan yg tidak dilaksanakan...


dari kiri: Siratul (ayong), Taufik (afik), Faizal Rezza (Zal,Bad), dan sorg tak dikenali

Walaupon SRT ini tidak mungkin berjaya, kami tetap tabah dan beralih arus perjuangan dengan merancang utk menjadi power rangers. kerja ini lebih bermakna dan berpahala kerana berjihad melawan raksaksa plastik dan sponge...

Usaha mencari 2 ahli perempuan masih lg dijalankan sehingga ke hari ini. susah tau nak cr ahli pompuan yg power disamping cun nihh... nak kena tau wat backflip suma nihh... memandangkan keje editting photo yg melambak, aku hold dulu pencarian 2 gadis rangers ini....

p/s: dulu kami kalo bergabung.. kami jd 3 line... tgk la baju kami... siap ikut order lg... hijau kuning merah.. hebatkan?? hahaha