Mahsury Revenge

Mahsury merupakan darah syaitan yang makin hari makin tertarik dengan kehidupan manusia, iaitu manusia hidup penuh dengan kasih sayang, bantu membantu, saling hormat menghormati dan sebagainya. Ini membuatkan beliau sanggup melanggar perintah neraka dan turun kebumi untuk menjadi manusia.
Semasa beliau dipintu dunia (ozon bumi) beliau ditarik segala ingatan dan kuasa ajaib beliau sebagai syaitan dengan menggunakan Parang sakti (milik hulu baling Syaitan bagi menghukum Syaitan yang ingkar). Itu adalah hukuman kepada syaitan yang tidak mematuhi undang-undang. Beliau turun bagaikan taik bintang jatuh kebumi menjadikan kawah yang besar dikawasan sawah padi milik Wan Derus.
Sungguhpun Mahsury berdarah syaitan, beliau setelah ditarik balik segala kuasa serta ingatan membuatkan wajahnya lebih berseri dan ayu seperti manusia biasa. Sebelum ini, wajahnya yang pucat, matanya yang bercahaya cukup untuk menakutkan seluruh Bandar walaupun secara fizikalnya memang seperti manusia.
Mahsury dijumpai oleh Wan derus dan dijaga dengan baik oleh keluarga Wan Derus. Wan derus merupakan seorang yang baik hati, peramah, boleh dipercayai, suka menolong orang dan seorang yang kacak. Wan Derus juga seorang yang diminati oleh gadis-gadis kampungnya.

Pada tempat kejadian itu, Tok dukun telah merasakan sesuatu yang tidak kena dengan tempat kawah tersebut. Semasa semua orang balik selepas melawat kawah tersebut, beliau menggeledah tempat tersebut. beliau korek dan mengorek dan menjumpai parang yang berunsurkan elektrik. Tok dukun menganggap parang tersebut parang ajaib yang jatuh dari langit yang bolh digunakan untuk pengadilan.
Mahsury yang hilang ingatan dianggap mangsa yang terselamat dalam insiden taik bintang oleh keluarga Wan derus serta orang kampung. Gadis-gadis kampong mula berasa risau jika Wan Derus akan Dirampas oleh mereka. Dan pada masa yang sama, jejaka di kampong tersebut mula tertarik kepada Mahsury.

Lama kelamaan, sifat cinta muncul didalam hati mereka berdua. Sudahlah ibu bapa Wan Derus memang suka kepada Mahsury yang rupawan serta berbudi bahasa. Namun mereka dinikahkan. Bagai pinang dibelah dunia secocok pasangan pengantin Mahsury dan Wan Derus. Namun ramai orang muda dikampung tersebut tidak puas hati baik lelaki baik perempuan.
Selepas perkahwinan berlangsung, rezeki Wan Derus lebih melimpah ruah, sawah padi yang dahulunya menjadi kawah sekarang sudah menjadi tanah yang subur. Tidak seperti sebelum ini, tanahnya sangat kering, tidak sesuai bagi tanaman padi serta tanaman-tanaman lain. Kawah tersebut telah merendahkan tanah menjadikan sawah tadi lebih lembab dan menakung air hujan.
Pada masa yang sama, Mahsury pula mengandung dan ini amat menggembirakan ibu bapa serta Wan derus sendiri kerana ini merupakan anak pertama beliau.Ini membuatkan orang kampong makin cemburi keatas keluarga mereka.

Namun pada suatu ketika, seluruh penduduk kampung dikerah tenaga untuk mempertahankan kampong mereka dari ancaman Komunis. Wan derus terpaksa meninggalkan isteri tercinta demi kampong mereka. Mahsury tersangat risau tetapi setia menunggu dirumah.
Ini sedikit sebanyak telah membuka ruang kepada gadis-gadis kampong yang penuh dengan sikap dengki untuk menyebarkan fitnah keatas Mahsury. Mereka merancang pelbagai idea jahat namun semuanya tidak dipercayai orang kampong. Sehinggalah kemunculan Deramang. Deramang adalah seorang pengawal peribadi yang ditugaskan untuk mengawal kediaman Mahsury. Deramang diupah oleh Wan Derus sendiri memandangkan Deramang merupakan kawan rapat Wan Derus. Deramang dilihatkan sebagai seorang yang kacak , tetapi bodoh, dan pemalas.

Deramang telah berpakat dengan gadis kampong untuk menjatuhkan mahsury, iaitu dengan mengfitnah Mahsury telah berkelakuan sumbang dengan Deramang. Rancangan gadis kampong tersebut Berjaya dan Mahsury dijatuhkan hukuman. Sibodoh Deramang pun turut dihukum juga.
Atas sebab itu, Mahsuri dan Deramang ditahan dan dijatuhkan hukuman bunuh oleh bapa mertuanya sendiri setelah termakan hasutan orang kampung. Tanpa menunggu Wan Derus pulang, Mahsuri yang sedang sarat mengandung di bawa ke Padang Matsirat, pusat Langkawi ketika itu, untuk dijatuhkan hukuman. Mahsuri diikat di sebuah batang pokok dan ditikam dengan tombak. tombak yang digunakan tidak dapat menembusi tubuh Mahsuri. Setelah berkali-kali mencuba, Tok dukun telah menggunakan Parang Sakti yang dijumpai berhampiran lokasi kawah tempat bermulanya nostalgia ini.
Kebangkitan Syaitan
Namun parang tersebut bukan dapat membunuhnya, malah membangkitkan kuasa syaitannya yang telah lama terpendam. Mahsury yang keliru dengan apa yang berlaku terus terbang bersama-sama parang tersebut mencari suaminya Wan Derus, semasa perjalanan tersebut banyak ingatan dahulu cuba terlintas diminda. Mahsury keliru. Dengan kecelaruan identitinya, beliau berusaha mencari suaminya yang selalunya ada sahaja jawapan yang tak terjawap.
Namun beliau menjumpai tempat pertepuran, banyak mayat berkelimpangan. Beliau mendekatinya. Tiada sesiapa pun yang bergerak. Beliau cari satu persatu wajah suami tercintanya namun gagal. Beliau terus mencari di tempat lain, sehinggalah terjumpa markas tentera komunis. Beliau menggeledah dan tidak mengendahkan komunis yang menembaknya. Peluru yang menghampirinya semuanya melebur. Mahsury berjalan dengan muka penuh kerisauan dengan kesihatan suaminya. Pada suatu ruang penjara, berterlihat topi pesawah milik suaminya terganting di tirai besi.
Beliau menghampiri dan melihat Mayat suaminya yang dibunuh dengan kejam, beliau terkedu, terpana dan terdiam. Emosi beliau mula meracau, suara syaitan miliknya dahulu keluar masuk dari telinga kiri dan kanan. Mengimbas memori lampau yang ditinggalkannya dahulu. Dengan harapan yang punah, kesedihan yang meracau, kecelaruan identiti serta kekeliruan yang dihadapi Mahsury bertukar wajah.

Beliau hilang kawalan, sifat dendam kesumat telah memenuhi hati. Beliau telah menjadi kejam bagai syaitan yang dahagakan darah. Beliau menghukum semua komunis atas kematian suamnya serta ketamakan komunis untuk menakluk kawasan kampung, beliau membunuh gadis-gadis kampung yang menyebarkan fitnah.
Dan yang terakhir sekali, beliau mengeluarkan aura melepaskan geram dendamnya, Ayat-ayat terakhir Mahsury adalah berupa sumpahan untuk kampung tersebut tidak tenteram dan permai ibarat padang jarak padang tekukur selama tujuh keturunan. Semua orang kampung yang sedang maraung ketakutan ke atas halilintar serta puting beliung yang menyelubungi kampung hasil kuasa Mahsury. Lalu Mahsury yang teramat sedih ke atas kematian wan derus serta kesal dengan sikap orang kampung tidak dapat menahan perasaan dan mengambil keputusan meletupkan dirinya.
Padang Jarak Padang Terkukur
Letupan yang berlaku telah merosakkan seluruh tanaman, kediaman, serta semua kemudahan di kawasan tersebut. Yang tinggal hanyalah orang kampung yang terselamat. Namun kampung tersebut ibarat padang jarak padang terkukur.
Selepas letupan itu, mahsury mati mengikut jejak langkah suaminya dan dilihat seorang bayi yang turun dari langit sambil bercahaya.

penulis/pelukis/pereka karektor : ToPeT™
based on lagenda mahsuri