aku puas.... aku puas kena maki... makian mu sungguh menyedarkan aku... aku tahu aku sering memarahi mu... kamu tak bersalah... anasir lain yg membuatkan kita berkelahi... aku sering cemburu akan anasir itu... walhal itu semua di luar kuasa kamu... namun... walaupun aku tahu akan bukan sebabmu... aku sering pertimbulkan persoalaan pada mu.. kenapa susah benar aku ingin menerima itu...

aku tidak boleh melarang kamu bersahabat... aku bukan ayah mu... aku bukan ibumu... aku juga bukan suami mu... tetapi... cemburu aku mengalahkan mereka semua...

kenapa aku perlu cemburu... 'cemburu' byk membunuh masa kita berdua... 'cemburu banyak' menjauhkan jarak kita...'cemburu' byk mengubah aku... maka perubahan aku jua menconteng bahtera kita... aku patut sedar bahawa engkau bukan lah milik ku... dan aku tidak boleh mengawal kau ikut sesuka hati ku.. aku kesal akan diriku ini... namun... 'cemburu'... amat lah kuat dlm diriku...

aku harap... engkau bersabar akan cemburu ku... cemburuku hanya untuk cintaku... kerana bagi ku... engkaulah bungaku... tiada orang lain yg layak memetik mu dari ku... kecuali pada takdirmu..

walaupun jua...pada hakikatnya... suatu hari nanti... akan ku lepaskan bungaku... di lautan nan luas... agar kau bebas bersama takdirmu... pada hari itu.. akan ku menangis dan tertawa melihat kebahagiaan mu...

tiada wacana pada perenggan ini... kerana tiada istilah yg boleh disamai dengan cintaku... meskipon lorong ku kecil... namun... akan ku pimpin mu kearah haluanku... dan akan ku hapuskan rantaian besi di kaki mu... agar kita bebas bersatu... itu usahaku... yang pasti... selalu...



tulisan ku buruk... harap takde org conteng2...